Thursday, January 13, 2011

Chocolate Box



Entri kali ni nak cakap pasal Chocolate Box je. Love Box yang ade dlm koleksi kami ade 3 pattern, tapi stakat ni hanya 2 pattern yg dah di test untuk tempahan pelanggan. Kalau ikutkan corak, kedua-duanya cun. yang munge-munge maupun yang riben. Setakat yg sy guna kan, Love Box riben ni susah sket nak kuar dr mold dia, berbeza dn Love Box yg bunga2 tu, mudah dan sgt senang utk dikeluarkan. Saat tak bleh nak kuar choc tu dr mold dia...Allah je la yang tau betapa bedebonye ati makcik ni,hehe. iye laa, banyak tuu guna cokelat, kalu pecah tak ke membazir jadiknye. Dah la tu nak bleh ke siap makan mase 2 jam lebih, baru kalernya menjadi dgn chantek. Dr segi size, love box riben ni lebih besar siket, tp kedua-nya boleh memuatkan 3 praline. Memang sesssuaii gitu untuk tema lovey dovey.



Choc Box Comel (Cutie Choc Box --- eh apsal nak terjemah bagai?ntah..;) memang very de cute. nak cakap cenggane, dah memang sgt chomel pun. Sizenya lebih kecik dr love box, boleh memuatkan 2 praline jeh. Kalu nak bg present, susun2 3 choc box , taruk dalam kotak cantik, taruk riben lagi..wah memang jadik present of the year,hehehe. Seriously, memang sesuai dijadikan adiah.



Choc Box yg besar yg boleh memuatkan 12 praline ni plak sgt sesuai untuk pertunangan atau majlis kawen. tapi nak bg adiah kat sedara-mara pun sesuai, bawak buah tangan coklat, makan reramai, makan plak sekali ngan kotak2 tu,wah meriah gitu.

Okeh ye sahabat2, itu la dia ceritera Choc Box. Chantek dan menarik. Kalu beminat nanti kontek2 la kami ye! Love: Truly Chocs

0 comments:

Post a Comment